Cetakan Silkscreen Pada Botol & Bekas
Litat. Pencetak tempatan yang membuatkan anda kelihatan antarabangsa.
Dalam dunia perniagaan hari ini, penampilan fizikal produk adalah tanggapan pertama (first impression) yang sangat penting. Sama ada anda menjual produk kosmetik, penjagaan diri, makanan, atau minuman, cara jenama anda dipersembahkan pada botol atau bekas memainkan peranan besar dalam menarik perhatian pembeli.
Salah satu teknik pembungkusan paling premium dan tahan lama ialah Cetakan Silkscreen Direct-to-Surface— iaitu proses mencetak logo dan tulisan secara terus ke atas permukaan botol atau bekas anda.
Apa Itu Cetakan Silkscreen?
Cetakan silkscreen (atau cetakan skrin) adalah teknik di mana dakwat dipindahkan secara terus ke atas permukaan botol atau bekas melalui stensil mes (mesh screen).
Berbeza dengan pelekat biasa (sticker label), teknik ini tidak memerlukan lapisan kertas atau plastik nipis di sekeliling botol. Dakwat dicetak tepat pada permukaan—menghasilkan kemasan yang sangat kemas, tajam, dan kelihatan eksklusif.
Kenapa Memilih Silkscreen Berbanding Sticker Biasa?
Berikut adalah kelebihan utama mengapa jenama terkemuka lebih menggemari teknik silkscreen:
-
Kemasan Premium & Minimalis: Memberikan kesan seamless (tanpa sempadan pelekat). Produk kelihatan lebih mahal dan profesional di atas rak jualan.
-
Tahan Air & Tahan Calar: Dakwat yang digunakan dirawat khas supaya melekat kuat. Ia tidak akan terkelupas walaupun terkena air atau minyak.
-
Ketepatan Warna & Tulisan Tajam: Tulisan bersaiz kecil seperti ramuan produk (ingredients), cara penggunaan, dan logo dapat dicetak dengan sangat jelas dan mudah dibaca.
-
Sesuai Untuk Pelbagai Bahan: Boleh dilakukan pada botol atau jar berasaskan kaca, plastik (PET, HDPE, PP), mahupun aluminium.
Proses Ringkas Cetakan Silkscreen
Langkah 1: Kongsikan Idea Anda
Ceritakan kepada kami tentang idea dan rekaan yang anda ingin cetak—sama ada untuk label produk, cenderamata, atau kegunaan lain. Konsultasi PERCUMA bermula di sini!
Langkah 2: Sedia Untuk Perekaan (Design)
Mari kita hasilkan rekaan anda! Sesuaikan logo, nama produk, maklumat, dan pelbagai lagi. Masih baru dalam bidang ini? Jangan risau, kami akan bimbing anda langkah demi langkah.
Langkah 3: Penyediaan Block & Jig
Sebaik sahaja anda mengesahkan rekaan yang paling anda sukai, kami akan menyediakan Blcok dan Jig mengikut ukuran produk anda.
Langkah 4: Proses Cetakan Bermula
Proses pencetakan berjalan pantas—"LI TAT", "LI TAT", "LI TAT"... produk anda kini siap dicetak dengan kemas!
Langkah 5: Penghantaran / Pengambilan
Pesanan anda sedia untuk diambil (self-pickup), atau kami boleh hantar terus ke pintu rumah/kilang anda menerusi kurier jika anda berada di luar kawasan. Kadar penghantaran rata (flat rate) untuk seluruh Semenanjung Malaysia!
Frequently Asked Questions (Q&A)
Q: Berapa kuantiti minimum (MOQ) untuk cetakan silkscreen?
A: MOQ 100pcs je.
Q: Harga berapa?
A: Tolong WhatsApp ya, nanti Jerry share harga.
Jul 22,2026